29 April 2008

Inacraft 2008

Hari ini saya akan menulis dalam Bahasa Malaysia piawai.

Pada hari Sabtu 26 April 2008, bersamaan 19 Rabiulakhir 1429 Hijrah, saya meluangkan waktu untuk melawat pameran Inacraft 2008 bertempat di Balai Sidang Jakarta atau Jakarta Convention Centre (JCC).

Inacraft merupakan sebuah acara tahunan di mana para pengusaha hasil kraftangan Indonesia dikumpulkan untuk mempromosi hasil kraftangan masing-masing.

Kraftangan dari seluruh provinsi di Indonesia dipamerkan dan dijual sepanjang berlangsungnya pameran ini. Seperti yang kita sedia maklum, Indonesia terkenal dengan kraftangan-kraftangan yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Saya tidak sangka menulis dalam Bahasa Malaysia piawai adalah amat mencabar. Oleh itu, sekarang saya akan menulis dalam Bahasa Melayu Perak.

Kome-kome yang peghonah pergi ke JCC taule betape besornye tempat ni. Letih aku keliling tempat ni. Adele dekat 3 jam aku kat situ.

Banyak hasil kraf deme ni. Ate, Indonesia ni kan ke lueh, banyakle kraftangan dari Bali sampei le ke Sumatera. Elok bebenor ropenye. Regenye pulak jangan ceritele... murah-murah. Sampei tertelan ayor lior aku nengoknya.

Ghonsing nengok banyak benor yang cantik-cantik. Udoh-udohnye aku beli le jugak 5-6 jenih barang. Ate, udoh dekat 3 jam meghonde takkan tak beli apa-apa kan?. Buat rogi tambang teksi je.

Manusia usoh cerite le. Ramei bebenor. Bersesak-sesak kat dalam dewan tu. Berlaga-laga bahu sampei meghonte-ghonte nak berjalan. Idak le peronah aku nengok orang ramei macam ni kat JCC. Kalo kome nak datang tahun depan, kome datangle awe pagi hari biasa. Usoh datang hujung menggu. Udoh ghope Batu Cave mase Thaipusam.

Aku ade amik gambo tapi gambo pintu gerobang Inacraft aje. Nanti aku bubuh kat sini. Talian internet ghope sial aje sekarang ni.

5 comments:

Zarina Shafian said...

Inacraft hihihi tema nama teman gitu aje bebenor kata yetzz....

peanutbutter said...

ate gampang benor tulih versi perak kali ni ya..hahahaha

.::EdDy BaNoD::. said...

udes cm kt DBP

Anonymous said...

huahahaha... menyerongei (bahasa lama Perak) ketawa

SP

Penaung Nyonya Socialis said...

hewww.. checkout :
http://nyonyasocialis.blogspot.com